taj motoshop: fz150i services and accessories
Welcome to taj motoshop! A place where fz's tuned and defined.

Register yourself for full access in this forum. Product on sale dedicated to the fazer fans especially for fz150i.
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» step by step to order product from taj motoshop
Tue Jan 24, 2017 12:03 pm by ihsanecan

» nak tanyo pasal tayar..
Tue Oct 18, 2016 4:27 pm by Rozella1517

» DESIGN A: HUMP REAR AND FLAT RIDER SEATING RM80
Wed Oct 12, 2016 8:29 pm by Rozella1517

» RPM 0, lampu engine menyala
Tue Aug 09, 2016 3:55 pm by Black leafs

» Your FZ Top Speed
Thu Jun 30, 2016 12:02 pm by charles

» HAZARD LIGHT RM20
Thu Oct 15, 2015 11:04 pm by suhbah

» Motor semput, enjin mati, susah nak hidup
Thu Oct 08, 2015 8:08 pm by shonen

» Cuci Moto - Bangi - Kajang
Fri Sep 25, 2015 1:49 pm by Foxtrot150

» Minta pandangan otai-otai fz sekalian,nak beli fz second
Tue Sep 22, 2015 3:00 pm by omarba

Shopmotion


Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Affiliates
free forum
 
February 2018
MonTueWedThuFriSatSun
   1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728    

Calendar Calendar


Pesanan untuk Penunggang Motosikal

Go down

Pesanan untuk Penunggang Motosikal

Post by tebu80 on Wed Sep 19, 2012 7:06 pm

*diquoted dari bujanglapok@carigold

1. Jangan ber SMS semasa menunggang - membahayakan anda dan menyusahkan orang lain.

2. Jangan merokok semasa menunggang - habuk rokok ko pernah masuk mata aku, pedih woooo…

3. Jangan berteduh daripada hujan didalam terowong laluan sikal - selalu kacau aku nak konar baring

4. Jangan berhenti kencing ikut suka ati ko jer - peliharalah rasa malu. Kalau orang lain nampak, boleh jadik berganda besarnya malu anda

5. Jika memboncengkan awek, jangan raba meraba atas motor - ni pesan khas utk geng yg selalu pakai jaket terbalik tu. jika awek anda duduk dibelakang, pastikan tangan beliau di parking dengan betul. Perbuatan awek anda meraba anda boleh menyebabkan orang dibelakang tidak memotong dan seterusnya jadik jem giler.. eleh.. macamlah orang tak tahu apa ko buat dalam jaket terbalik tu..
Jika anda memboncengkan balak pula, pastikan tangan balak tersebut diikat dahulu ke belakang..

6. Jika sedang memakai kain pelekat dan menunggang RXZ, pastikan kain tersebut telah ditindih secukupnya sebelum memulas minyak - pernah sekali tu sorang pakcik ni buat show, biru adik beliau nampaknya

7. Jika berhenti dibawah jambatan kerana hujan, tinggal motor anda di tepi jalan dan bawalah diri anda sahaja berteduh, jangan duduk atas motor. – bahaya woo, dah 2 orang kawan aku takdan raya kerana dirempuh kereta lain yang tak perasan

8. Jangan membuat wheeli semasa jalan jem - free jer kena sumpah

9. Jangan parking motor betul-betul kat depan pintu masuk masjid pada hari jumaat – pikirkan orang lain sama la wooiii… lepas sembahyang jumaat tu, berasak-asak orang nak keluar, apahal lak ko gi parking motor ko menghalang jalan. Nak kena toreh tayar ker?

10. Sentiasa bawak duit sekurang-kurangnya rm25, tarak kalu, tayar pancit kalu sendiri mahu ingat

11. Jika anda aweks, jangan la pakai seksi sangat semasa menunggang motosikal - kasihani mereka yang belum mampu tu.. aku pun kekadang tak sampai hati nak potong awek-awek seksi ni… biar la aku ikut jer kat belakang ataupu jalan bersaing dengan mereka

12. Jangan cilok sana, cilok sini - krana menyusahkan orang bawak keta, - sedar diri, awak tu motor, kena himpit karang, kalu keta, calar jer, kalu motor …haaa boleh jadik arwah oooo…

13. Lalu dekat kawasan rumah orang malam2 jangan perah minyak korang macam orang lain pekak…ada yang kena baling ngan botol atau tong sampah..please take noted. -, jangan ingat ko jer gengster tau… kasi respek sikit sama ini arip dol – samseng kampung dusun

14. kalo bwk motor tu dan ada space kt tepi jln tu sila-silalah memandu di tepi tu yer. jgn nak bwk slow2 tgh2 lane. anda kecik je dimata pemandu kenderaan lain dari kete kancil smpi la ke lori treler 18 tayar. cakap nanti kene lenyek kang marah. dan berpada2 la bawak motor tu. - sayangilah motor anda kalau pun anda tak sayangkan diri anda.. kalu kebetulan aku lalu situ, sapa susah? aku gak susah nak kena tolong angkat atau kutip ko..

15. jangan dok belah ekjos, asyik memekakkkkkkkkkkkkk jerlah , - ko ingat best sangat bunyi ekjos ko yang memekak tu, kalu time sakit gigi, memang aku kasi lastik ko ??

16. Pastikan semua lampu depan dan belakang sumer nyaler – kita tak langgar orang, orang pulak langgar kita.. jadi pastikan kita sentiasa boleh dilihat..

17. Jgn la langgar lecak..nnti kena aku kt sebelah tgk bwk moto ni..busuk n kotor tau x… - korang tak tahu berapa dalam lubang dalam lecak tu, jadik cubalah elakkan SELEPAS tengok kiri kanan dan belakang, bukan cilok terus masuk jer..

18. Jangan meludah semasa bawak motor terutama kalau dok mengunyah sirih. Aku penah kena..abis baju aku ngan motor aku . – brengsek luu mamat..

19. Pakai jaket yang berwarna terang, jangan lupa kasi signal sebelum membelok atau berhenti, hormat-menghormati sesama pengguna jalanraya yang lain… - kita semua bayar roadtax tauuuu….

20. Jangan mengasapkan ekzos, peliharalah alam sekitar, muka dan lubang hidung orang lain. - ko nak banyak asap, gi la keja dengan jabatan kesihatan, hari-hari buleh buat fogging..

21. Sentiasa check spocket, rantai dan brek anda, pastikan tensi nye okey. - , jangan sampai ko kena brek pakai kaki plak

22. Pakaila helmet yang berkualiti skt..jgnla pakai helmet cap ayam, -jangan lupa ikat talinya. kita pakai helmet untuk keselamatan diri sendiri BUKANNYA sebab takut polis atau JPJ

23. Parking d tempat yg sepatutnye. Janganlah parking kat tempat keta pulak ye - - sedor la sikit siapa diri ko tu yop..

24. kalo bw moto, esspecially berdua (sorg satu moto), jgn la dok bersembang tgh2 jln….kalo korg nk brborak, benti la kat kedai kopi…g borak2 sapai runtuh kedai kopi tu…da la block jln aku, pastu g bw moto bersaing…ape??ko ingt ko ade share ke wat jln tu…kang aku sodok dr blkg br taw (xpsl2 tuduh sodomi plak)…wakakaka – penting sangatkah ko ni sampai nak kena bersembang kat atas motor, sibuk-sibuk pak menteri pun, ada masa jugak depa nak main golf

25. kepada penunggang2 motor (utk jarak jauh), pastikan korang bwk tiub spare, pump, spanar serta pembuka tayar utk mengelakkan anda ditemani mak lampir ketika tiub anda bocor diatas highway…. - rate standard utk tukar tiub atau tampal tayar motor kat atas highway plus arah selatan dalam rm40-rm60..

26. jangan bawak slow di line paling kanan sewaktu jammed sebab penunggang moto blkg nak potong susah.. Guna line kiri… Contoh di jalan kucing tiap2 pagi.. - kalu nak makan angin, gi la kat tepi pantai wooiii

27. pastikan anda memasang disk brek dpn..kalo xde gi kedai motor suh dia pasang….kalo ko pakai brek drum tu, alamatnya sekilo baru la motor ko berhenti @ motor ko dihentikan oleh kenderaan lain ketika emergency break berlaku - kalu pakai disc brake, kasi pam itu brake, jgn tekan sekali je…tapi kasi pam.. baru dia tangkap

28. Kalo nak nyelit antara kete masa tgh jem tu, bwk la slow2…. nt x psl2 jd cam aku langgar side mirror org smp terkulai - - pastu pandai plak buat muka tak bersalah

29. jgn polish seat, nt brek tercampak kedepan..
pgg kuat2 kat handle tu…. - - pastikan kedua-dua tangan berada di handle ketika membrek, itu pun jika anda tidak mahu bermalam di hospital

30. kalau ade orang macam nak melintas, cepat2 slowkan motor, boleh jadi orang tu gila dan selamba melintas walau dah nampak kita laju.. - - walapun kita tahu yang dia tu guru silat yang ada ilmu kebal

31. lagi satu jangan suka tail-gating especially atas highway

32. jangan tekan “horn” betul2 sebelah orang, especially “horn” yg dah dimodified supaya jadi kuat. kalau terperanjat boleh jatuh tu, tak pun mati heart attack terus kalau ade sakit jantung. - - nanti tak pepasal jer ko dituduh membunuh tanpa niat

33. kepada penunggang dan juga pembonceng tolonglah, tolong jgn berbual2 sesama sendiri semasa anda di jln raya..kalau penting sgt nak kena ckp gak ni, tlg berhenti kat tepi jalan…bila anda berbual sambil memandu fokus anda lari..jadi bl fokus anda dah lari anda xkan sedar anda dimana..huhu — penting sangat ke ko ni sampai ko kena berbual sambil naik motor.

34. kalo masa jalan jem tolong laa bawa motor di sebelah laluan kiri (untuk yg kurang konfiden) sebab anda akan menyebabkan motor2 lain jem sama kalo ikut lorong kanan - - sedor lah diri kita weh

35. sentiasa pasang side mirror kiri dan kanan (supaya anda tak perlu menoleh ke belakang untuk menukar lorong dan juga untuk memastikan jarak motosikal anda selamat dr kenderaan laju di belakang — side mirror tu bukan untuk kegunaan bersikat rambut atau bergincu

36. belilah baju hujan..paling cikai pun givi punya….nt xde la korang dok bermesyuarat kat bwh jambatan time hujan….
p/s: jgn beli yg baju hujan kuning tu…..kang x psl2 ada org offer ko berlakon cite dark water 4….. - kalu ko pompuan, mungkin ada orang nak bagi pinjam atau kasi tumpang, tapi kalu ko jantan, nak mintak tumpang baju hujan orang, dapatlah ko merasa penyepak sedas dua..

37. JANGAN PASANG ALARM KAT MOTOR ..PASTU PARKING KAT TEPI RUMAH ORANG TEMPAT BEBUDAK MAIN..MEMEKAK JER..EMPUNYA MOTOR TAK TURUN PULAK NAK MENJENGIKYA…HAMPES…BISING… - memang ada beberapa jenis alam yg amat sensitif, kucing terkentut kat tepi tongkat pun dia boleh kasi bunyi, jadi kepada pemasang alarm jenis ini, sila beri maklumbalas segera terhadap motosikal anda sekiranya alarm beliau berbunyi, elakkan kebakaran yang mungkin disebabkan kerana motor anda dibakar oleh pesakit gigi

38. Jika anda menunggang dan awek sedang membonceng…sila pastikan awek anda pakai baju labuh… -Kalu nak pakai baju singkat juga..pastikan dia tak pakai G-string — walaupun pemandangan dibahagian tersebut tidak cantik tetapi ia tetap diminati ramai dan ini boleh menyebabkan kemalangan..

39. Jangan le korang b’angan2 ms bw motor, nnt jadi lalai. Sy penah jatuh motor sbb leka khayal. Sedar2 da t’golek ms korner. –pastikan anda cukup ‘fit’ untuk menunggang apa apa pun…
avatar
tebu80

Posts : 21
Join date : 2012-09-18
Age : 37

View user profile

Back to top Go down

Re: Pesanan untuk Penunggang Motosikal

Post by anitayusof00 on Wed Sep 19, 2012 7:34 pm

HAHAHA....informative, yet funny...agree 200%...thx bro Smile
avatar
anitayusof00

Posts : 33
Join date : 2012-06-27
Age : 50
Location : IPOH, PERAK

View user profile

Back to top Go down

Re: Pesanan untuk Penunggang Motosikal

Post by mielebai on Wed Sep 19, 2012 9:07 pm

baik bos.....hahaaaaa Razz
avatar
mielebai

Posts : 16
Join date : 2012-07-28
Age : 29
Location : Bukit Mertajam, Penang.

View user profile

Back to top Go down

Re: Pesanan untuk Penunggang Motosikal

Post by tebu80 on Thu Sep 20, 2012 12:59 pm

hehehe sharing is "caring"....selamat hari raya maaf zahir dan batin...walau dh habis... Smile Very Happy
avatar
tebu80

Posts : 21
Join date : 2012-09-18
Age : 37

View user profile

Back to top Go down

Re: Pesanan untuk Penunggang Motosikal

Post by Appo on Fri Sep 21, 2012 10:17 am

G-string pujaan org ramai~ haha

btw agreed 170% bro.

kenapa mereka yg kurang berhemah dijalan raya xpandai berfikir tntg keselamatan diri dan org lain.
avatar
Appo

Posts : 22
Join date : 2012-05-06
Location : Batu Pahat, Johor

View user profile

Back to top Go down

Re: Pesanan untuk Penunggang Motosikal

Post by skywalker1101 on Sat Sep 22, 2012 1:03 pm

sgt berguna dan berinformasi. caya la.. lol!
avatar
skywalker1101

Posts : 6
Join date : 2012-02-02
Age : 30
Location : Shah Alam, Selangor

View user profile

Back to top Go down

Re: Pesanan untuk Penunggang Motosikal

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum